LAMAN UTAMA

 

 

Pengenalan

 

 

 

            Semenjak bijih timah mula dijumpai di kawasan Kamunting yang ketika itu dikenali sebagai Klian Baru, dalam tahun 1848, kawasan ini telah menjadi kawasan perlombongan terpenting di negeri Perak. Kebanyakan  penduduk terdiri dari kaum Cina yang didatangkan dari Pulau Pinang. Ketika itu, sedikit demi sedikit orang-orang Melayu mula menduduki kawasan   berkenaan yang tinggal kira-kira 4 batu dari kawasan ini.

 

 

Pengasas

 

 

Tidak banyak yang diketahui tentang pengasas Sekolah Kebangsaan Long Jaafar. Menurut ceritanya, sekolah asalnya telah dibina oleh orang-orang Kampung Batu Empat secara bergotong-royong yang dipimpin oleh Ketua Kampung setelah didesak oleh Tuan Haji Basir B. Awang. Menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak peneroka pada masa itu,Tuan Haji Basir telah berusaha keras dan akhirnya mendapat persetujuan penduduk setempat untuk mendirikan sebuah bangunan yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Kamunting.

 

Bangunan Pertama

 

 

            Bangunan yang pertama didirikan adalah sebuah bangunan kayu yang mempunyai 4 buah bilik darjah yang mampu menampung sejumlah 120 orang murid. Gurunya pula seramai 3 orang. Guru Besar yang pertama yang bertugas di sekolah ini adalah Tuan Haji Basir b. Awang sendiri iaitu pada Januari 1949. Beliau telah berkhidmat sehingga 15 Mac 1952.

 

 

            Pada tahun 1951, Sekolah Melayu Kamunting telah dipindahkan ke sebuah bangunan lain di Jalan Kamunting Lama. Bangunan di sini mampu menampung sejumlah 150 orang murid dengan bilangan 4 buah bilik darjah. Guru Besar ketika itu ialah Tuan Haji Yusuf b.Taib yang merupakan guru besar kedua yang menggantikan Tuan Haji Basir yang meninggal pada 15 Mac 1952.

 

 

Pembinaan Blok D

 

 

            Pada tahun 1953, sebuah bangunan telah didirikan di atas lot 331 seluas 6 ekar,1 rod dan 25 pol. Bangunan ini berukuran 160 kaki x 20 kaki yang kini dinamakan Blok D. Bangunan ini mengandungi 6 bilik darjah dan boleh menampung seramai 200 orang murid.

 

Perubahan Nama Sekolah

 

 

            Pada tahun 1959, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kamunting. Dalam sekitar tahun yang sama, jumlah penduduk semakin bertambah. Sekali gus berlakunya pertambahan murid di sekolah ini menjangkau sehingga seramai 300 orang murid. Ini membolehkan sebuah lagi bangunan setingkat didirikan berukuran 120 kaki x 20 kaki yang mengandungi 4 billik darjah yang kini dikenali dengan nama Blok C. Ini menjadikan jumlah bilik 10 buah.

 

Rumah Guru

 

            Pada tahun 1964, tiga buah rumah guru didirikan di dalam kawasan sekolah ini, di bawah Projek Pembangunan Luar Bandar. Nombor rumah tersebut ialah JKR 1597, 1598 dan 1599. Pada tahun 1987, dua buah daripada bangunan itu diistiharkan tidak selamat oleh Bahagian Pembangunan JPN dan dirobohkan manakala sebuah lagi dijadikan stor sementara.

 

 

Persekolahan Dua Sessi

 

Dalam masa kurang dari 10 tahun, jumlah murid telah meningkat melebihi 700 orang dan ini menyebabkan sekolah ini dijadikan dua sessi . Ini disebabkan penempatan angkatan tentera di Kamunting yang mengambil alih tempat Military British. Tuan Hj. Yusof b Taib masih kekal menjadi Guru Besar sehingga 30.April 1969. Jawatan Guru Besar seterusnya diisi oleh oleh En. Abdul Karim b. Hj. Abdul Samad.

 

 

Pembinaan Blok A dan Kantin

 

Dalam 1ahun 1972 sebuah bangunan kekal dua tingkat dengan nombor JKR 1884 berukuran 260 kaki x 25 kaki telah didirikan. Bangunan yang dikenali sebagai Blok A kini, mengandungi 6 bilik darjah. 2 setor, Pejabat Sekolah, Bilik Guru Besar dan tandas untuk guru dan murid. Pada kctika itu. bilangan murid di sekolah ini telah meningkat ke bilangan 1000 orang. Sebuah kantin JKR 1885 juga didirikan bagi memenuhi keperluan dan permintaan.  Bangunan berukuran 90 kaki x 30 kaki ini didirikan pada tahun yang sama. Pada masa ini bilangan tenaga pengajar yang bertugas ialah seramai 32 orang

 

 

Pembinaan Blok B

 

Bilangan murid sekolah ini terus meningkat kepada 1132 orang dalam tahun 1981. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa membina sebuah lagi bangunan tambahan 2 tingkat berukuran 70 kaki x 25 kaki bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah, sebuah klinik pergigian, bilik rawatan dan sebuah setor. Bilangan tenaga pengajar terus bertambah kepada 49 orang dan bilangan bilik darjah bertambah menjadi 29 buah semuanya. Bangunan ini dikenali dengan nama Blok B.

 

Asal Usul Nama “Long Jaafar”

 

 

Pada tahun 1977 semasa di bawah pentadbiran En Mohd. Khir b Ismail, nama Sekolah Rendah Kamunting telah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Rendah Long Jaafar. Nama “Long Jaafar” dipilih sempena seorang tokoh yang terkenal dan bertanggungjawab kepada perkembangan kemajuan kawasan ini, memandangkan Kamunting adalah tempat asalnya bijih timah ditemui. Pertukaran nama baru ini hanya dimaklumkan sahaja dan dipersetujui oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kementerian Pendidikan. Majlis perasmian nama baru ini diadakan serentak.

 

Pembinaan Blok E dan Blok F

 

Apabila kawasan Kamunting diistiharkan kerajaan sebagai kawasan perindustrian, maka banyaklah kilang- kilang tekstil dan kilang-kilang lain didirikan, sekaligus meningkatkan bilangan penduduk di kawasan tersebut. Bilangan pelajar terus meningkat ke 1250 orang dan kelas bertambah ke 30 buah kelas. Pertambahan  pelajar terus meningkat dari setahun ke setahun . Malah pada tahun 80an bilangan pelajar telah mencecah angka 2086 orang murid. Peningkatan murid yang begitu mendadak telah membuka jalan untuk kerajaan menambah bangunan dua blok berkembar, tiga tingkat dengan kemudahan serba lengkap. Bangunan ini dikenali dengan nama Blok E (JKR. l085) dan Blok F (JKR 2086). Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah Bilik Perpustakaan , surau, bilik darjah, 3 buah setor, bilik tayangan dan tandas untuk murid !elaki dan perempuan.

 

Pertukaran Nama Sekolah

 

Pada tahun 1992 semasa pentadbir ke-12 iaitu En Razak bin Jamal, hampir 600 orang murid telah dipindahkan ke dua buah sekolah yang baru dibina di sekitar kawasan Kamunting. Sebahagian murid yang tinggal berhampiran Bukit Jana ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jana manakala sebahagian yang lain ditempatkan di sekolah Kebangsaan Air Putih yang dibuka serentak pada tahun 1992. Pada ketika ini bilangan kelas berjumlah 42 kelas. Terdapat 7 buah kelas bagi setiap tahun. Semasa pentadbiran beliau juga nama sekolah ini sekali lagi bertukar dari sekolah Rendah Long Jaafar , Kamunting kepada Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting sehingga sekarang.

 

Naik Taraf Kantin dan Bilik Guru

 

 

Pada 16 .06.93 Guru Besar En. Razak b. Jamal dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Rendah LMS dan digantikan oleh En. Abdul Rahim b. Hj. Sulaiman. Kantin sekolah diperbesarkan selebar 90 kaki x 20 kaki pada tahun 1996 dan pada tahun 1997 ruang makan bilik guru pula diperbesarkan seluas 20 kaki.

 

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

 

Bilik Darjah BIok C diubahsuai pada tahun 1995 bagi penyediaan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pada tahun 1996 kelas ini diwujudkan dengan bilangan murid seramai 12 orang. Kelas ini dibimbing oleh dua orang guru Khas untuk mendidik anak anak yang kurang upaya ini. Pada April 1996 seramai 42 orang murid-murid kelas bermasalah pembelajaran dari Sekolah King Edward Taiping VII (1) dipindahkan ke sekolah ini bersama 7 orang guru terlatih dan seorang Penyelaras.

 

Pembinaan Bilik Guru Yang Baru

 

Sekolah ini memperolehi sebuah bangunan gantian (Ganti Rumah Guru yang telah dihapuskira – Villa llmu) sebuah blok 3 bilik darjah dan diubahsuai untuk dijadikan bilik guru yang disempurnakan pembinaan pada akhir Disember 1998. Blok Bilik Guru ini dikenali dengan nama Villa Pendita . Bilik Guru lama yang ada di Blok A telah diubahsuai dan dijadikan Bilik Gerakan.

 

Perubahan Arus Perdana

 

Pada 16. 03. 2001 Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting telah menerima satu lagi perubahan iaitu Pentadbir / Guru Besar yang ke empat belas iaitu En. Abdul Habib bin Alapitchay. Dibawah pentadbiran beliau yang dinamik, sebuah bangunan tambahan telah didirikan iaitu Blok G pada 30 Jun 2001 dan telah siap dibina dan diserahkan untuk digunakan pada 31 Disember 2001. Bangunan tambahan empat tingkat ini mengandungi 1 ruang serbaguna, 11 bilik darjah, sebuah bilik setor Pendidikan Jasmani, sebuah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah Bilik Guru, sebuah bilik Perkembangan Staff. / Urusetia Peperiksaan, sebuah bilik Komputer, sebuah bilik Bimbingan & Kaunseling, sebuah Makmal Sains dan sebuah bilik Muzik. Bangunan ini telah diguna pakai pada bulan September 2001.

 

Persekolahan Satu Sesi

 

Buat kali keduanya setelah sekian lama, Sekolah Kebangsaan Long Jaafar telah berjaya memulakan persekolahan satu sesinya semula pada 05 September 2002. Jumlah murid sekolah itu (2003) ialah  seramai 1175 orang murid.